Rahim Ibu bermula dari Setitis Air Mani

    663
    0

                            Bermula dari setitis Air Mani.

    Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

    ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat ”

    Minggu ke 5: Rupa janin adalah seakan akan berudu dan membesar dengan sangat cepat.

    Sistem cardiovascular terbentuk dan jantung akan mula berdegup.

    MINGGU ke-5: Janin adalah sepanjang 9mm. Muka telah mula terbentuk dengan penghasilan rogga hidung, mulut dan mata.

    Minggu ke 6: Jantung janin bedegup dengan teratur dan berdegup dengan laju sebanyak 150 kali seminit sehingga hari kelahiran iaitu dua kali ganda dari manusia dewasa.

    Minggu ke 7: Mulut, telinga dan hidung mula terbentuk dengan sempurna. Usus dan otak akan mula untuk terbentuk.

    Minggu ke 8: Kantung membesar selari dengan pembesaran janin dan melindungi janin sebaiknya

    Minggu ke 9: Janin mula bergerak geral di dalam janin. Sistem saraf mulai berkembang dan sistem pernafasan juga mula terbentuk.

    Minggu ke 9: Ketika ini kepala bayi akan membesar dua kali ganda dari panjang badannya. Saat ini, jari-jari akan terbentuk lebih panjang beserta dengan cap jari yang sungguh unik.

    Minggu ke 10: Tulang akan mulai mengeras dan janin mulai menghasilkan air kencingnya sendiri. Otak bayi juga mula berkembang iaitu sebanyak 250 000 saraf berhubung setiap minit. WOW!

    Minggu ke 10: Janin sudah boleh membengkokkan kaki dan tangan. Kuku juga mulai terbentuk.

    Minggu ke 12: Otot mulai berfungsi dengan bagus dan saat ini janin akan mula bergerak gerak dan menendang
    😀

    “Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

    al-Mukminun : 14

    Minggu ke 13: Jika janin perempuan, 2 juta telur berada dalam ovarinya. Salur darah masih jelas kelihatan.

    Minggu le 13: Semua organ dan sistem yang penting sudah terbentuk.

    Minggu ke 16: Rawan mula mengeras dan membentuk tulang. Dan tulang adalah sangat flexible ketika ini.

    Minggu ke 18: Janin dapat mendengar bunyi. Termasuk bunyi saluran darahnya sendiri malah mendengar degupan jantung dan bunyi perut ibu!

    Minggu ke 18: Uri membesar hampir sama saiz dengan janin berfungsi menyalurkan vitamin, mineral, protein, lemak and oxygen dan menyingkirkan buangan dan menapis carbon dioxide.

    Minggu ke 18: Bayi akan bergerak gerak dan ibu akan merasakan pergerakan bayi.

    Minggu ke 19: Degupan jantung akan bertambah kuat dan deria bau, melihat, merasa, dan sentuhan mula terbentuk.

    Minggu ke 20: Terhasilnya rambut rambut halus juga kening juga semakin lebat.

    MInggu ke 26: Bayi akan meyedut dan mengeluarkan cecair amnion yang membantu membentuk peparu.

    Minggu 36: Otot bayi adalah sangat kuat dan semakin sempurna.

    Minggu ke 39-40: Fizikal bayi mulai sempurna. Lapisan lemak juga mula terkumpul untuk menyesuaikan diri dengan suhu luar kelak.

    NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

    Minggu ke 40: Bayi sedia untuk keluar dan mula menempuh dunia luar.

    Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

    image: lennert nelson

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.